Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah (PSSCM-PSAS) telah didaftarkan di bawah Unit Hal-Hal Pelajar pada 01 November 2006 yang dirasmikan oleh Penasihat PSSCM-PSAS ketika itu di perkarangan kamsis bersempena Majlis Penerangan Dan Demonstrasi yang dihadiri oleh wakil PSSCM, En Rosman Bin Mat Deli selaku Ketua Penerangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan barisan-barisannya. Kini PSSCM-PSAS bergerak aktif yang di kendalikan oleh Jawatankuasa Tertinggi PSSCM-PSAS dan dibantu oleh Penasihat.

Kelas Latihan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah diadakan pada setiap hari Selasa dan Rabu jam 9.00 malam sepanjang minggu bertempat di Pusat Sukan PSAS dibawah penyeliaan Saudara Mohd Bakri Bin Ashmad Bakar dan dibantu oleh enam (6) orang tenaga pengajar lelaki dan wanita.

Pihak PSSCM-PSAS terus memberikan sokongan dan sumbangan daripada program-program yang dianjurkan oleh PSSCM mahupun pihak Politeknik sendiri. Pihak PSSCM-PSAS beriltizam untuk menjadi satu jawatankuasa dan persatuan yang kekal dan terus aktif daripada segala program yang dianjurkan serta mendidik ahli-ahli membina jatidiri dan semangat yang utuh. Semoga Silat Cekak kekal sepanjang zaman. Hidup CEKAK !

Segala surat menyurat hendaklah dialamatkan kepada :

Penasihat,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah
(PSSCM-PSAS),
Politeknik Sultan Azlan Shah,
Behrang Stesen, 35950 Behrang,
Perak Darul Ridzuan.

Email : psscmpsas@gmail.com



AWAS !

Hati-hati dengan mereka yang ingin merosakkan perpaduan bangsa melayu dengan mengedarkan risalah-risalah dan surat layang yang memfitnahkan serta menghasut pelajar-pelajar di dalam kampus Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan IPT-IPT seluruh negara. Perbuatan mereka ini tidak mendapat kebenaran dari pihak atasan dan mereka sendiri tidak berani untuk memperkenalkan siapa diri mereka yang sebenar. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila emel kepada pihak kami.